Kidxy Team – May 09, 2019 at 11:02 am

Menu Sahur Yang Sihat Untuk Anak Anda

Published on 09 May, 2019

Bulan Ramadhan kembali lagi dan berpuasa buat pertama kali pastinya memberikan pengalaman baru yang menyeronokkan kepada anak-anak anda! Namun begitu, anda semestinya mahukan anak-anak anda mendapatkan tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalani ibadah puasa. Oleh itu, kami telah menyenaraikan 5 resepi ringkas untuk anda hidangkan sewaktu sahur!



1. Susu Kurma 

Bahan-Bahan

- Susu segar (500ml)

- Kurma (10 Biji)

Cara Penyediaan 

1. Rendamkan kurma yang telah dibuang bijinya ke dalam air selama 15 minit.

2. Kisarkan kurma tersebut beserta dengan susu segar sehingga sebati.

3. Sedia untuk diminum. (Simpan di dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih menyegarkan).

Kurma bukan sahaja boleh dihidangkan sewaktu berbuka tetapi ia juga sesuai dihidangkan ketika bersahur. Buah kurma dikatakan dapat membantu memberikan tenaga segera untuk tubuh. Selain itu, ia juga tinggi dengan kandungan serat yang sangat baik terhadap sistem pencernaan.



2. Overnight Oats Pisang Coklat

Bahan-Bahan

- Pisang (1/2 biji dilenyek)

- Oat (1/2 cawan)

- Serbuk Koko atau Milo (1 sudu besar)

- Air panas (1 cawan) 

- Susu segar (1/4 cawan)

- Cip coklat (1 sudu besar)

Cara Penyediaan

1. Gaulkan Pisang, Oat dan Serbuk Koko atau Milo.

2. Masukkan air panas dan kacau sehingga sebati.

3. Sejukkan selama satu malam.

4. Kemudian, tambahkan susu segar pada keesokan hari.

5. Hiaskan dengan cip coklat.

Oat dapat membantu anak anda mengekalkan tenaga mereka sepanjang berpuasa. Selain itu, oat juga dapat mengenyangkan perut untuk jangka masa yang lama.



3. Telur Hancur Beserta Dengan Keju

Bahan-Bahan

- Telur (4 Biji)

- Susu segar (60ml)

- Garam & lada hitam (Secukup rasa)

- Mentega (10g)

- Keju Cheddar Parut (25g)

Cara Penyediaan

1. Pukul telur bersama susu.

2. Tambahkan garam dan lada hitam secukupnya.

3. Cairkan mentega di dalam kuali yang tidak melekat (non-stick).

4.    Masukkan adunan telur dan goreng dengan api sederhana kecil.

5. Kacau telur sesekali, jangan terlalu hancur, biarkan selama 4-5 minit.

6. Akhir sekali, masukkan keju dan sedia untuk dihidang.

Telur juga adalah hidangan sahur yang terbaik untuk anak anda. Telur dapat membekalkan protein dan tenaga untuk anak anda sepanjang hari.



4. Fritata Telur Beserta Dengan Kentang

Bahan-Bahan

- Kentang (2 biji dihiris nipis)

- Bawang besar (1/2 biji dipotong dadu)

- Telur (2 Biji)

- Garam & lada hitam (secukup rasa)

- Serbuk roti

- Keju Parmesan

- Minyak zaitun

Cara Penyediaan

1. Masak kentang dan bawang menggunakan minyak zaitun selama 10 minit.

2. Masukkan telur, garam dan lada hitam dan kemudian kacau perlahan.

3. Gaulkan adunan tersebut ke dalam bekas mesra ketuhar.

4. Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit.

5. Hiaskan dengan serbuk roti dan hirisan keju Parmesan.

Hidangan kentang dapat membuatkan perut anak anda berasa lebih kenyang berbanding roti. Di samping itu, kentang juga amat sesuai untuk dihidangkan sewaktu bersahur.



5. Roti Mentega Kacang Beserta Dengan Pisang 

Bahan-Bahan

- Roti gandum (4 Keping)

- Mentega kacang

- Pisang (Sebiji dihiris nipis)

Cara Penyediaan

1. Sapukan mentega kacang pada roti gandum.

2. Letakkan hirisan pisang pada roti tersebut sebanyak yang anak anda inginkan.

Kacang adalah sumber lemak, protein dan serat yang baik. Selain daripada kacang, anda juga boleh menghidangkan tempe sebagai alternatif untuk menu sahur anak anda.

Semoga anak-anak anda lebih bersemangat untuk berpuasa dengan hidangan ringkas yang telah dikongsikan. Jangan lupa kongsikan bersama ibu bapa yang lain. Jika anda ingin berkongsi resepi anda, sila emelkan ke [email protected] dan kami akan paparkan di laman sosial kami untuk perkongsian bersama! Selamat berpuasa!


Posted in Activities

  • Fun
  • Weekends
  • Workshop
  • Craft

Share this article:


people liked this article!

Leave a comment