Kidxy Team – March 08, 2018 at 04:00 pm

Terokai KL dengan LRT & MRT Cuti Sekolah Ini!

Published on 08 March, 2018

Waktu cuti sekolah merupakan waktu yang paling sesuai bagi ibu-bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Pasti ibu-bapa sibuk memikirkan apakah aktiviti yang sesuai untuk dilakukan bersama anak-anak.

Selain dari pulang ke kampung, apa kata anda membawa anak-anak anda untuk terokai Kuala Lumpur dengan menggunakan khidmat pengangkutan awam yang bertaraf antarabangsa seperti LRT dan MRT? Ia pastinya satu pengalaman yang menarik buat anak-anak anda kerana mereka dapat melihat Bandaraya Kuala Lumpur dari perspektif yang berbeza. Selain itu, stesen-stesen LRT dan MRT juga terletak berdekatan dengan pelbagai kawasan tarikan pelancong jadi anda tidak perlu lagi risau tentang kesesakkan lalu lintas serta menghabiskan masa yang lama di tempat letak kereta. 

Berikut adalah antara tempat menarik yang boleh anda dan keluarga lawati dengan menggunakan khidmat pengangkutan awam seperti LRT dan MRT.

 

1)      Muzium Negara dan Taman Burung Kuala Lumpur (MRT Muzium Negara)




Anda boleh turun di Stesen MRT Muzium Negara dan terus mengunjungi Muzium Negara yang menyediakan pelbagai pameran-pameran yang menarik serta berilmiah. Pameran-pameran di Muzium Negara mempunyai tema tersendiri mengikut musim. Anda boleh mendapatkan info tentang pameran yang dianjurkan di laman sesawang rasmi Muzium Negara. Jika anda inginkan suasana alam semulajadi sambil melihat pelbagai spesis-spesis burung secara lebih dekat, anda boleh berjalan kaki ke Taman Burung Kuala Lumpur yang terletak kira-kira 650M dari Muzium Negara.

 

2)      Kidzania Kuala Lumpur (MRT Mutiara Damansara)


 


Kidzania merupakan pusat aktiviti kanak-kanak yang bertaraf antarabangsa. Ia menyediakan aktiviti lakon peranan untuk kanak-kanak merasai sendiri pengalaman dunia pekerjaan yang sebenar. Ia pastinya akan menjadi satu pengalaman yang menarik bagi anak-anak anda. Selain menimba ilmu tentang dunia pekerjaan, tempat ini juga dapat membantu anak-anak anda untuk memupuk minat mereka pada dunia pekerjaan tertentu. Untuk ke Kidzania, anda boleh menaiki MRT dan turun di stesen Mutiara Damansara. Dapatkan diskaun bila anda beli tiket Kidzania di Kidxy!


4)      Masjid Jamek, River of Life dan Dataran Merdeka (LRT Masjid Jamek)




Masjid Jamek Sultan Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Masjid Jamek merupakan antara masjid tertua di Kuala Lumpur dan lokasinya yang terletak diantara Sungai Klang dan Sungai Gombak menjadikannya salah satu simbol tarikan pelancong di Malaysia. Selain itu, Sungai Klang dan Sungai Gombak yang berada berdekatan dengan Masjid Jamek juga telah dinaiktaraf melalui salah satu inisiatif kerajaan pusat yang diberi nama ‘River of Life’. Kawasan ini sesuai dilawati pada waktu malam kerana terdapat persembahan air pancur serta lampu LED yang pastinya memukau semua penonton. Selain itu, anda juga boleh berjalan kaki ke Dataran Merdeka dan melihat sendiri bangunan-bangunan bersejarah yang terletak berdekatan dengan Stesen LRT Masjid Jamek tersebut.

 

5)      KLCC, Petrosains dan Aquaria KLCC (LRT KLCC)


 


Pastikan anda turun di Stesen KLCC dan melihat sendiri monumen yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas yang merupakan menara berkembar tertinggi di dunia. Selain itu, anda juga boleh membawa anak-anak anda untuk mengalami keseronokan sains di pusat interaktif sains iaitu Petrosains yang terletak didalam pusat membeli-belah Suria KLCC. Pastinya ia dapat membangkitkan minat serta sifat ingin tahu anak-anak anda terhadap keajaiban-keajaiban sains. Jika anda ingin merasai pengalaman melihat ikan jerung secara dekat, keluarga anda boleh berkunjung ke Aquaria KLCC yang juga terletak bersebelahan KLCC.

 

Selain daripada tempat-tempat diatas, terdapat juga pusat-pusat membeli-belah ternama seperti One Utama yang terletak berdekatan dengan Stesen MRT Bandar Utama dan juga Sunway Velocity Mall yang berdekatan dengan Stesen MRT Maluri. Disini, terdapat banyak juga aktiviti yang anda boleh lakukan bersama anak-anak anda seperti Starship Galactica dan My Beauty Cottage di One Utama.

Starship Galactica merupakan taman permainan tertutup yang bertemakan angkasa lepas dan sangat sesuai untuk anak-anak anda yang berusia 12 tahun kebawah. Manakala di My Beauty Cottage pula, anda boleh memanjakan diri anda serta anak-anak dengan mendapatkan pakej rawatan muka dengan potongan harga yang menarik dari Kidxy.com.

Jika anda berkunjung ke Sunway Velocity Mall, anda boleh membawa anak-anak anda untuk mencuba aktiviti luncur ais tanpa ais di Like Ice Asia. Pengalaman baru ini pasti mengujakan anak-anak anda yang baru pertama kali mencuba aktiviti sedemikian. Kidxy.com juga menyediakan diskaun menarik untuk aktiviti Like Ice Asia.

Tidak kira apa jua pilihan aktiviti anda, apa yang penting ialah untuk memanfaatkan sepenuhnya waktu cuti sekolah ini dengan meluangkan masa bersama anak-anak anda bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang mungkin tidak dapat dilakukan pada hari-hari . Jangan lupa untuk melayari laman sesawang kami di www.kidxy.com untuk pelbagai pilihan aktiviti kanak-kanak dengan harga istimewa. Jika anda mendaftar sebagai ahli sekarang, anda berpeluang untuk memenangi percutian ditaja sepenuhnya ke Legoland Malaysia!

Posted in Activities

  • Fun
  • Weekends
  • Workshop
  • Craft

Share this article:


people liked this article!

Leave a comment